Limited time only: Get pro member benefits for less than $5/month. Access Classes, Stats, Priority Directory listing and more!Upgrade now

Kamarul Amir Razaizat Kamaludin

Aku telah dilahirkan disebuah desa nun jauh di sebuah negeri di utara tanah air. Pada 07 Feb tepat jam 02.45 pagi waktu Malaysia, aku menyergah alam ini. Alhamdulillah, atas restunya DIA maka aku dapat menikmati keindahan dunia ciptaanNYA.

Aku membesar sebagai anak desa yang tidak punya apa-apa. Hidup aku sedari kecil didisplinkan dengan prinsip hidup seorang tentera. Kembara hidup sudah menjadi rutin dari aku kecil sehinggalah aku dewasa.

Aku tidak mempunyai pekerjaan yang hebat. Pelajaran tidak tinggi. Tidak mempunyai kereta mewah mahupun sport. Tidak mampu untuk memakai pakaian berjenama. Tidak mempunyai aset atau harta tetap mahupun syer² syarikat atau saham yang boleh dijajakan. Tidak mampu untuk berhibur dikelab malam yang mewah dan tidak mempunyai kehidupan yang senang untuk dikongsi. Aku tahu aku tak pandai jaga diri aku sendiri sebab aku suka sibukkan diri.

Aku sama juga seperti kamu...kamu...dan kamu yang tak jemu2 membaca profiles aku yang tak semengah dan penuh celaru. Aku berkelana di planet bumi ini bersama merah sekeping hati. Nawaitu aku hanya ingin melihat dunia ini berwarna. Aku adalah aku.....blogger cabuk, kaki fesbuk dan aku lelaki bebas dan merdeka sepenuh masa.

Sedikit fakta menarik tentang AKU:
1.Peminat tegar keindahan ciptaan Tuhan
2.Pemakai setia jeans Levis
3.Penggemar buku-buku sastera
4.Pengumpul koleksi-koleksi Novel+CD+DVD+topi+beg+Komik (ujang,blues untuk aku,aku dan sesuatu,gila-gila & apo?)
5.Pencinta seni seperti sastera+muzikal.
6.Sorang yg pala otak giler2 (tapi bukan gile...hi3)

Hak untuk bercakap besar:
Pernah graduate di tadika KEMAS

Pekerjaan:
Penjaga sekolah (full time) dan Blogger Cabuk (part time)

Majikan:
Tempat Cikgu Bekerja
1.Tukang Kebun 2.Tukang Sapu 3.Pengawal keselamatan 4.Pengasuh 5.Tugas2 khas lain (sejak 2008)

Pendidikan:
Universiti Sains Malaysia
Geography, 1999 - 2003

Institut Pendidikan Guru
Pengajian Melayu, 2007 - 2008

Slogan:
Aku belajar dari 'sesuatu' untuk mengenal SESUATU.

  • 266 Affection
  • 3,761 Photo Views
  • 4 Followers
  • 3 Following
  • Kemaman, Terengganu, Malaysia